Adakah anda mempunyai pendapatan setiap bulan?
Adakah anda mempunyai yang belum langsai?
Adakah anda mempunyai tanggungan?
Adakah anda mempunyai orang tersayang?
Jika jawapan anda untuk semua di atas adalah YA,
Adakah anda telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya
perkara yang tidak diingini ke atas anda seperti kemalangan, sakit yang kritikal,
lumpuh, hilang sumber pencarian atau kematian ?
Apakah nasib orang tersayang yang anda tinggalkan?
sekarang mungkin boleh mengubah masa hadapan orang yang anda sayangi...
"Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain"
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Imam Abu Daud)
Profile Koporat
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) diperbadankan pada 18 September 2002 dan adalah sebuah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.
Setelah beroperasi selama enam tahun, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan Sistem Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Kini, reputasi kami dalam pasaran sebagai satu "jenama" dinamik telah dikenali ramai.
Hingga kini, lebih 1.4 juta individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Syarikat dan menjadi pemegang sijil (peserta).
Komitmen dan pegangan Takaful IKHLAS kepada nilai-nilai yang luhur, bersama-sama dengan kesesuaian teknologi yang digunakan dalam pelaksanaan perniagaan, telah membina nama baik Syarikat atas pengamalan pendekatan dan penyediaan perkhidmatan yang beretika.
Syarikat menawarkan rangkaian Pelan Takaful Keluarga, Berkelompok dan Am serta Rider untuk individu dan usahaniaga komersial. Banyak lagi produk dan perkhidmatan yang sedang dirancang untuk jangkamasa yang terdekat. Saluran pengedaran/perkhidmatan kami terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan terlatih. Saluran-saluran ini terdiri daripada lebih 6,000 orang ejen, broker, institusi kewangan, pemegang francais kenderaan bermotor, koperasi dan organisasi-organisasi Islam.
Hanya dalam tempoh dua tahun, Syarikat telah mewujudkan rangkaian agensi yang luas. Takaful IKHLAS mempunyai 10 cawangan yang terletak di Kuala Lumpur, Sungai Petani, Kota Bahru, Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya. Piawaian etika tinggi yang telah kami tetapkan untuk warga kerja dan rakan kongsi perniagaan boleh dilihat menerusi tindak balas kami yang pantas terhadap keperluan para pelanggan dan reputasi kami dalam memastikan penjelasan tuntutan yang adil dan cepat. Kami tidak mempunyai sebarang pembayaran tuntutan "tertunggak" dengan kelulusan diproses dalam masa 24 jam bagi kebanyakan kes.
Penggunaan teknologi kami dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Hingga kini, Syarikat telah membuat pelaburan besar dalam bidang ini bagi menyokong falsafah kami untuk mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan kepada para peserta dan rakan kongsi perniagaan kami.
Selain daripada menggunakan teknologi terkini untuk memacu proses di barisan hadapan dan proses awalan kami, serta menyepadukan kedua-duanya, kami juga merupakan antara syarikat yang pertama menggunakan Sistem "e-Cover Note" yang menghubungkan Takaful IKHLAS dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ. Di samping itu, kami juga mempunyai satu Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik yang berupaya mempercepatkan proses penilaian bagi tuntutan kenderaan bermotor. Kami juga telah melancarkan portal agensi, I-POS yang membolehkan para ejen menyemak portfolio perniagaan mereka. Pada waktu yang sama kami juga merupakan perintis dalam memperkenalkan pembelian Takaful motor untuk pembelian baru serta pembaharuan yang digelar e-IKHLAS.
Kami juga telah memperkenalkan portal "e-Marine" yang membolehkan ejen dan bank terpilih mengeluarkan sijil dengan segera bagi keperluan Takaful Kargo Marin. Sistem "e-Cover Note" sedia ada juga telah dikembangkan untuk meliputi perniagaan Takaful Bukan Motor yang membenarkan ejen mengeluarkan sijil Kebakaran, Pemilik Rumah, "Householder" dan Kemalangan Peribadi kepada pelanggan kami.
Matlamat kami adalah untuk menjadikan Takaful IKHLAS sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi matlamat tersebut.
Struktur Modal
Syarikat mempunyai Modal Dibenarkan berjumlah RM500 juta dan Modal Berbayar berjumlah RM195 juta.
Konsep Takaful Ikhlas
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.
Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Dalil Kerjasama
Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Dalil Kerjasama
- Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
- Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab
- Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi
- Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
Memahami Kontrak Takaful
- Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)